Selamat Tahun Baru.. 2009

Alhamdulillah, Syukur ke Hadrat Illahi..
nampaknya bernyawa lagi kita sebagai insan, hambanya dibumi yang bertuah ini.
Kami di Ulek Mayang terus mengorak langkah meneruskan cita-cita, impian dan harapan kami dan sentiasa memajukan restoran kami untuk kepuasan pelanggan-pelanggan kami yang kami hormati.
Tahun 2009 menjelma membuka tirainya, memberikan semangat dan kekuatan baru buat warga Ulek Mayang untuk terus lebih berusaha meningkatkan mutu perkhidmatannya.
Restoran Ulek Mayang masih lagi bertapak disini dengan namanya selalu meniti dibibir pengunjung serta menjadi buah mulut penduduk setempat kerana layanan serta kesedapan masakan yang disajikannya buat pelanggan-pelanggan yang datang ke sini.
Di tahun baru ini, tidak lupa juga pihak Restoran Ulek Mayang mengucapkan ribuan terima kasih sayang buat pelanggan-pelanggan kami antaranya pelaja-pelajar universiti berdekatan kawasan ini, penduduk-penduduk berdekatan, perumahan, kilang-kilang, sekolah, pejabat, mahupun di luar kawasan ini turut datang kesini bagi merasai sendiri keenakkan masakan kami.
Kami di Restoran Ulek Mayang sentiasa memperbaharui menu-menu, sajian, makanan dan minuman agar pelanggan-pelanggan kami boleh merasai, memilih citarasa yang bersesuaian dan yang mereka suka.
Semoga setiap yang kami lakukan akan membuatkan pelanggan-pelanggan kami berpuas hati dan teruslah datang menikmati hidangan di restoran kami.